Saturday 15 June 2013

Leech Station Downtown Cheras


Assalamualaikum dan salam sejahtera tuan-tuan dan puan-puan. Semoga tuan-tuan dan puan-puan sihat walafiat hendaknya. Seandainya tidak sihat dan mempunyai masalah yang berkaitan darah, bolehlah singgah ke tempat kami untuk mendapatkan rawatan.

Tempat rawatan - Leech Station Downtown Cheras

Alhamdulillah, setelah sekian lama akhirnya dapat juga saya memulakan blog sendiri di zaman cyber yang serba canggih ini. Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk saya kongsikan serba sedikit ilmu yang saya ada mengenai kepakaran saya iaitu rawatan alternatif terapi bekam lintah. Insya Allah, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk memudahkan tuan-tuan dan puan-puan memahami tentang rawatan alternatif ini. 


Gambar saya di Leech Station Downtown Cheras
Untuk entry ini saya akan memperkenalkan diri saya secara ringkas dan juga tempat rawatan iaitu Leech Station di Downtown Cheras. Nama saya Muzzaffar bin Mustafa, pakar rawatan terapi bekam lintah. 

Alhamdulillah pengalaman saya sepanjang melakukan rawatan ini membuahkan hasil yang sangat baik iaitu kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang saya berikan dimana pelanggan yang mengalami masalah yang berkaitan
darah kotor @ darah bertoksin ini sembuh dan berada dalam keadaan sihat walafiat. Mengenai lokasi tempat rawatan, saya yakin tuan-tuan dan puan-puan pastinya tahu dimana letaknya Downtown Cheras ini. Akan tetapi kepada yang belum tahu tidak mengapa. Boleh rujuk gambar dibawah untuk mengetahui lokasinya. Tempat rawatan terletak di lorong paling belakang yang mana biasanya dipanggil lorong terapi kerana ianya dipenuhi dengan khidmat terapi daripada pelbagai kedai.


Map Downtown Cheras
Tempat rawatan ini dibuka setiap hari bermula dari 9.30 malam hingga 2.30 pagi. Akan tetapi untuk malam minggu iaitu malam jumaat dan malam sabtu, kebiasaannya akan ditutup lebih lewat iaitu pada pukul 3.30 pagi. Untuk mengelakkan kekecewaan boleh hubungi saya untuk membuat appointment terlebih dahulu. Diakhir entry saya akan sertakan no fon saya untuk tuan-tuan dan puan-puan hubungi saya sekiranya mahu membuat appointment atau untuk bertanya sebarang soalan.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, Leech Station ini diasaskan oleh encik Azlan. Telah dibuka pada tahun 2011. Berpengalaman selama 5 tahun dalam bidang rawatan alternatif terapi bekam lintah ini. Sebelum ini pernah bertapak di Uptown Gombak, Uptown Danau Kota dan Titiwangsa.

 Muzzaffar Mustafa
Pakar Rawatan Alternatif Terapi Bekam Lintah
Leech Station Downtown Cheras
012-9436910


No comments:

Post a Comment